BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Hulubalang....

Nenek Marah Kalau Tak Klik!!!!

Sunday, March 27, 2011

9 Ciri Kalau Tak Ada Tak Boleh Jadi Bapa??!!

Ok2..barang sesiapa yang tegedik-gedik sangat dah nak kawen..pastikan ekau semua ada cirit ciri-ciri yang berikut (bagi sesiapa yang nak anak awal2)...atau ekau semua hilang kelayakan..


1. Masih Perlu Dibantu  
Apabila anda memilih untuk berkahwin, bermakna anda tidak dapat mengubah balik kehidupan seperti orang bujang. Anda harus bersedia daripada aspek mental dan fizikal dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Namun anda masih belum bersedia bergelar bapa jika anda masih memerlukan orang lain membantu kehidupan anda.

2. Kesabaran sangat menipis  
Bila anda berurusan dengan anak-anak kecil, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Ini kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai kerenah termasuklah yang mungkin mencabar kesabaran anda. Anda tidak harus melakukan kesilapan kerana anak-anak melihat apa yang anda lakukan dan mungkin meniru perlakuan tersebut. Selagi anda tidak bersedia mendengar bayi menangis dan bangun untuk membuat susunya, bermakna anda tidak boleh lagi bergelar bapa yang baik.

3. Terlepas Pandangan 
Apabila mempunyai anak bermakna perbelanjaan anda juga bertambah. Ini termasuklah susu, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya yang memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak setiap bulan. Jangan sesekali terlepas pandang perkara ini. Kalau anda tidak memasukkannya sebagai belanjawan bermakna anda belum bersedia mempunyai anak.

4. Kurang Perhatian  
Satu perkara penting bila punya anak ialah masa yang perlu anda bahagikan antara kerjaya, rumah tangga, anak-anak, isteri, masa untuk diri sendiri dan sebagainya. Apatah lagi jika anak masih kecil, perhatian harus diberikan kepada mereka dengan sewajar-wajarnya.

Kehadiran anak mungkin akan menyekat pergerakan namun kalau anda merasakan ia satu tekanan, fikir-fikirkanlah adakah anda layak berkahwin dan menjadi bapa. Jangan hanya kerana tidak bersedia, anda menjadikan orang lain mangsa keadaan.

5. Masih Pemalas Dan Selekeh  
Perkara paling biasa dikaitkan dengan lelaki ialah sikap malas. Ada yang tidak segan menggantungkan seluar di ruang tamu, ada pula yang memakai pakaian sama berulang kali tanpa membasuhnya. Bila sudah punya anak, anda tidak harus bersikap demikian. Anda harus membuang rasa malas dan selekeh anda itu kerana ada sesetengah isteri tidak suka dengan lelaki yang berat tulang. Jika anda belum boleh membuang sikap malas dan selekeh itu, fikir-fikirkanlah adakah anda layak berkahwin. 

6. Bersikap Aneh   
Sesetengah manusia mempunyai perangai yang pelik. Mereka mungkin tidak suka kepada kanak-kanak atau tidak suka mendengar suara anak-anak menangis. Lihatlah diri anda dahulu, adakah anda sudah bersedia atau belum. Tanya kepada diri sendiri, jika anda ada sikap pelik itu, fikirlah dahulu mahu berkahwin atau pun tidak.

7. Sangat Berkira   
Sesetengah lelaki mengakui kerja-kerja menguruskan anak-anak mesti dilakukan oleh wanita. Ini termasuklah mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk, memasak, mengemas tempat tidur dan sebagai adakah kerja isteri. Bagi anda, lelaki adalah raja dan semua perkara mesti diminta dengan hanya satu arahan.

Jika anda masih memiliki sikap ini, berhati- hatilah kerana anda belum bersedia untuk bergelar suami mahupun bergelar ayah kepada anak-anak yang belum mengerti apa pun dalam kehidupan anda.

8. Bersifat Kebendaan   
Terlalu berkira adalah satu faktor membuatkan pasangan berasa bosan dengan anda. Ia boleh menjadi punca perbalahan. Sekiranya anda kerap bergaduh, tiada kemanisan dalam rumah tangga sebaliknya hanya jiwa anda tidak akan tenang. Jadi sebelum anda melangkah ke alam rumah tangga, berhati-hatilah dengan keburukan diri dan cuba perbaikinya sebelum anda merosakkan hati orang lain. 

9. Ada Dendam    
Kadang-kala manusia sering kali terimbau kenangan. Ada yang merasa dendam bila mereka ditinggalkan oleh pasangan dan cuba mencari wanita lain untuk dijadikan mangsa mereka pula. Kalau anda seorang yang pendendam dan cuba menjadikan orang lain sebagai mangsanya, anda tidak patut menganiayai orang lain. Sejarah tetap tinggal sejarah tetapi beranilah memikirkan masa depan kerana tidak semua orang sama.    

         



                         



0 comments: